Tuesday, November 03, 2009

Budget Speech (VI): RM35b for Public Transport Vanished?

Continuation of my 2010 Budget speech [taken verbatim as I speak hence will not read like prepared text] - Part I, Part II, Part III, Part IV, Part V)

...oleh sebab itu saya merasa kecewa sedikit dengan bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana saya fikir walaupun kepentingan telah pun dikemukakan dan dikatakan dalam bajet ada memang satu key result area yang beliau ingin meningkatkan prestasi di Malaysia tetapi dari segi kandungan kurang. Kita nampak kandungankandungannya antara satu adalah untuk membeli 35 train set untuk LRT dan juga lapan elektrik unit bagi KTM.

Akan tetapi kalau kita baca bajet tahun lalu, sama. Ini lagu lama, recycled project, projek yang tidak dapat dihabiskan dalam masa yang singkat yang telah pun ditangguh kepada 2012 diumumkan sekali lagi dan kita kalau hendak baca betul-betul perangkaan yang ada dalam bajet, jumlah peruntukan untuk sistem pengangkutan, ia terjunam 22% iaitu jumlah yang telah diperuntukkan untuk pembangunan transport tahun ini adalah RM8.6 bilion, tetapi tahun depan adalah RM6.6 bilion sahaja.

Saya hendak minta supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berada di sini boleh ingat tidak tahun lalu dalam bajet Menteri Kewangan yang lalu, ada satu perkara besar yang telah pun diumumkan dan dibesar-besarkan dalam semua surat khabar selepas bajet. Yang Berhormat Kementerian Kewangan pada masa itu telah mengumumkannya dalam bidang sistem pengangkutan awam.

Beliau berkata, ada RM35 bilion telah pun diperuntukkan daripada tahun 2009 sehingga tahun 2014 untuk meningkatkan taraf sistem pengangkutan awam bagi negara kita. Saya hendak tanya sekarang, mana pergi RM35 bilion ini? RM35 bilion ini kalau dibahagikan untuk enam tahun, sekurang-kurangnya setiap tahun ada RM5.8 bilion tetapi dalam projek pembangunan yang ada dalam Bajet hanya RM6.6 bilion.

Dalam RM6.6 bilion untuk sektor transport, RM4.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan raya bukan untuk pengangkutan awam. So mana pergi wang yang diperuntukkan itu? Silap mata ataupun telah lesap seperti pada tahun 2006. Pada masa itu juga ada mengumumkan satu dana pengangkutan awam yang berjumlah RM4.4 bilion yang akan digunakan untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, itu pun lesap. RM4.4 bilion lesap dan lepas itu sekarang RM35 bilion pun lesap.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sikit sahaja Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya masih ingat ketika kerajaan menarik balik subsidi, apabila bising semua, dia kata RM4 bilion diperuntukkan untuk pengangkutan awam Yang Berhormat Petaling Utara, RM4.3 bilion. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Petaling Utara untuk menyebutkannya dalam Dewan bagi...

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ya, memang betul. Saya dah kata tadi. RM4.4 bilion telah pun diumumkan pada tahun 2009 tetapi telah lesap tapi sekali sekala bila harga petrol naik, perlu tingkatkan harga petrol, perlu naikkan harga petrol, Kementerian Kewangan dan kerajaan akan mengumumkan satu dana untuk perkhidmatan pengangkutan awam tapi apabila harga petrol turun, tak ada lagi. So kita minta penjelasan daripada pihak kerajaan supaya benar kah pihak kerajaan benar-benar berazam untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam kita dan kalau kira benar-benar berazam, ada beberapa perkara perlu dibetulkan dahulu.

No comments: